Pertembungan dgn Pak Arab, Bertasamuh dan Pencerahan Syari’ah



Alkisah, bila aku usai solat asar Jemaah di surau sdgku otw balik ke bilik, aku disapa pak arab yg solat disebelahku tadi. gigih beliau ikuti ku keluar dari surau...beliau terus menegurku pada bab makmum muwafiq dan masbuk. bg beliau, bila imam rukuk maka makmum kena rukuk dan xperlu habiskan fatihah.
serayaku mencelah
"أيوه...هذا مذهبك فأحترمه, وهذا مذهبي ولنا الحجة في ذلك, ولكن الأهم التسامح بيننا"
"ohh, baik, itu mazhab kamu, dan saya hormatinya, dan pada mazhab kami ada perbahasannya, yg penting kita saling toleransi satu sama lain"
namun pak arab itu masih istiqamah dgn poinnya, dan seolah2 baginya dalam mazhab Syafie hanya ada satu pandangan shj...terus aku teringat kelas Ustaz Naim dan Ustaz Zainudin dlm kelas nusus fiqhiyyah (legal texts) ttg sejarah perkembangan fiqh Syafie, lalu ku cuba jelaskan kpdnya serba serbi yg ku tahu bahwa dlm mazhab Syafie tidak semestinya ada satu pandangan pd satu isu sepertimana yg berlaku dlm kitab mughnil muhtaj , dlm mazhab ada pandangan imam dan para ashabnya.
في مذهب الشافعي, له أراء كثيرة ولا ينحصر على رأي واحد كما وجد في كتاب مغني المحتاج, هناك رأي الشافعي وأصحابه))
kemudian, beliau kata
"لماذا اتبعت أراء الأئمة ؟ مع أن هناك أحاديث الرسول موجودة أمامك؟”
"mcm mana kamu boleh ikut pandangan Imam2 sedangkan hadis2 Nabi ﷺsudah ada?"
lalu aku terus tringat kelas ustazah Uzaimah dalam kelas Asbabul Ikhtilaf, yg mana meskipun dalil2 sudah ada, namun methodologi dan disiplin para ulama dalam menafsirkannya berbeza seperti hadis Nabi ﷺ "tiada solat tanpa membaca Fatihah", bagaimana kita mahu faham hadis ini? maka perlu rujuk ulama dimana mazhab Hanafi berbeza pemahaman mereka dari ulama lain, dan masing2 ada hujahnya..ku ulang perkara ini padanya dan bagaimana dalil2 ini ada dalalahnya dan method utk memahaminya dan perlu kita refer pada qaul ulama. apa yg kita bicarakan skrg ini dalam perkara zanni yg mmg pasti ada khilafnya. kita tidak boleh terus ambil hukum secara mentah tanpa disiplin yg disusun ulama.
"لكل دليل له اختلاف العلماء في فهمه..مثلا في قضية قراءة الفاتحة في الصلاة, اختلف أئمة المذاهب في المراد من الحديث "لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب". فالحنفية يرون الحديث على عدم كمال الصلاة بدون قراءة الفاتحة..والجمهور يرون أن المراد من الحديث بطلان الصلاة بدوة فاتحة الكتاب..وهذا الخلاف مرجعه في اختلاف القواعد في الاستنباط لكل مذهب...ولذلك لا يمكن أن نصدر الحكم مباشرة من الأدلة بدون الأصول والقواعد التي بسطها الأئمة. وما نناقش الان من الأمور الظنية لأننا لا ندري بالقطع المراد بكلمة لا في الحديث السابق.
beliau pun kata lagi
"ولكن الشيخ الألباني يحثنا أي طلاب العلم باتباع الأصوب من الأقوال"
"Syeikh Albani kata kita selaku penuntut ilmu kena mengikuti perkara yg lebih tepat(aswab), org awam xmengapa ikut mazhab"
"الشيخ الالباني عالم كبير, اللهم ارحمه...ولكن في معرفة الأصوب اختلف الفقهاء فيها...وهذا ضمن باب من أبواب أصول الفقه وهو هل الحق واحد أم يتعدد...هل الأصوب ينفرد بوحدته أم أكثر من ذلك؟؟ وكيف نتعامل مع الأدلة المتعارضة ..ولذلك وضع العلماء طرق التعارض والترجيح في حل هذه المشكلة. وجث الشيخ وهبة الزحيلي طلاب العلم أن يستمروا في طلب العلم ....وفوق ذلك التسامح عند الاختلاق بين الأراء"
aku kata Sheikh Albani seorang ulama hebat, moga Allah rahmatinya dan ku terkenang pula kelas Usul Fiqh 5 Ustaz Badruddin dlm bab taarudh dan tarjih serta bab Al-Haq Wahid lam yataddad, ustaz mensyarahkan kitab usul fiqh Wahbah Zuhaili dimana Sheikh Wahbah pesan bahwa penuntut ilmu harus terus mengkaji khazanah fiqh ini dan tidak dilupakan method tarjihdan cara utk hadapi dalil yg taarudh bg setiap mazhab berbeza, dan pada mazhab A ini yg rajih, pd mazhab B ini pula yg rajih..maka ku katakan kepadanya inilah pentingnya tasamuh yakni toleransi antara org islam yg kini kian luput.
terus pak arab itu angguk setuju lalu membaca ayat dari Surah Hud ayat 118-119.
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ (١١٨) إِلا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ (١١٩)
Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".
kami pun saling senyum dan bersalaman seraya ucapkan barakAllah fikum.
aku ucapkan terima kasih kepada para asatizah ku yg ajar kami byk perkara untuk memahami Syariah ini, syukran ustaz dan ustazah byk bersabar ajar kami yg daif ini….oleh itu aku nak kata kpd para junior: Jom Sambung LLBS!!!, tak rugi weyy….Alhamdulillah

(al rupawani)

*UIAM menawarkan program dwiijazah Undang2 dan Syari’ah

I S L A H M E D I A SIRI RIJAL

Comments

Popular posts from this blog

DR. SIDDIQ FADIL: WASPADA TIPU-DAYA MUSUH DAKWAH Bahagian 2 (Akhir)

DR SIDDIQ FADZIL: Tadabbur Ayat 88 Surah Hud, Pengajaran bagi Aktivis Islah

PERANG BADAR: UJIAN GETIR TERAGUNG DI BULAN RAMADAN