Posts

DR. SIDDIQ FADIL: WASPADA TIPU-DAYA MUSUH DAKWAH Bahagian 2 (Akhir)

Image
Memahami Pesan-pesan Ilahi dalam surah al-Isra’:73-77 وَإِنْ كَادُوا لَيَفْتِنُونَكَ عَنِ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ لِتَفْتَرِيَ عَلَيْنَا غَيْرَهُ وَإِذًا لاتَّخَذُوكَ خَلِيلا (٧٣) وَلَوْلا أَنْ ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ كِدْتَ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شَيْئًا قَلِيلا (٧٤) إِذًا لأذَقْنَاكَ ضِعْفَ الْحَيَاةِ وَضِعْفَ الْمَمَاتِ ثُمَّ لا تَجِدُ لَكَ عَلَيْنَا نَصِيرًا (٧٥) وَإِنْ كَادُوا لَيَسْتَفِزُّونَكَ مِنَ الأرْضِ لِيُخْرِجُوكَ مِنْهَا وَإِذًا لا يَلْبَثُونَ خِلافَكَ إِلا قَلِيلا (٧٦) سُنَّةَ مَنْ قَدْ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنْ رُسُلِنَا وَلا تَجِدُ لِسُنَّتِنَا تَحْوِيلا (٧٧) 73. Dan mereka hampir memalingkan engkau (Muhammad) dari apa yang telah Kami Wahyukan kepadamu, agar engkau mengada-ada yang lain terhadap Kami; dan jika demikian tentu mereka menjadikan engkau sahabat yang setia. 74. Dan sekiranya Kami tidak memperteguh (hati)mu, nescaya engkau hampir sahaja condong sedikit kepada mereka, 75. jika demikian, tentu akan Kami rasakan kepadamu (siksaan) berlipat ganda di dunia ini dan

DR. SIDDIQ FADIL: WASPADA TIPU-DAYA MUSUH DAKWAH Bahagian 1

Image
Memahami Pesan-pesan Ilahi dalam surah al-Isra’:73-77 وَإِنْ كَادُوا لَيَفْتِنُونَكَ عَنِ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ لِتَفْتَرِيَ عَلَيْنَا غَيْرَهُ وَإِذًا لاتَّخَذُوكَ خَلِيلا (٧٣) وَلَوْلا أَنْ ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ كِدْتَ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شَيْئًا قَلِيلا (٧٤) إِذًا لأذَقْنَاكَ ضِعْفَ الْحَيَاةِ وَضِعْفَ الْمَمَاتِ ثُمَّ لا تَجِدُ لَكَ عَلَيْنَا نَصِيرًا (٧٥) وَإِنْ كَادُوا لَيَسْتَفِزُّونَكَ مِنَ الأرْضِ لِيُخْر ِجُوكَ مِنْهَا وَإِذًا لا يَلْبَثُونَ خِلافَكَ إِلا قَلِيلا (٧٦) سُنَّةَ مَنْ قَدْ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنْ رُسُلِنَا وَلا تَجِدُ لِسُنَّتِنَا تَحْوِيلا (٧٧) 73. Dan mereka hampir memalingkan engkau (Muhammad) dari apa yang telah Kami Wahyukan kepadamu, agar engkau mengada-ada yang lain terhadap Kami; dan jika demikian tentu mereka menjadikan engkau sahabat yang setia. 74. Dan sekiranya Kami tidak memperteguh (hati)mu, nescaya engkau hampir sahaja condong sedikit kepada mereka, 75. jika demikian, tentu akan Kami Rasakan kepadamu (siksaan) berlipat ganda di dunia ini dan

Dr Siddiq Fadil : Syarat Kemenangan

Image
  ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا۟ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلْأُمُورِ   (iaitu) orang-orang yang jika Kami Beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. (Surah al Hajj:41)   Memang Allah Maha Berkuasa melaksanakan kehendak-Nya (membinasakan musuh-musuh agama-Nya) tanpa susah-payah, tanpa menumpahkan walau setitik darah kaum mukminin. Tetapi tentu ada hikmah, sebab tersirat di balik perintah berperang, bahawa Tuhan tidak menginginkan agama ini didukung oleh orang-orang malas, mereka yang hanya ingin bersantai, yang merasa cukup dengan mendirikan solat dan membaca al-Kitab serta menadah tangan ke langit ketika menghadapi bahaya pencerobohan.   Memang orang mukmin harus menunaikan solat, harus membaca al-Kitab dan bermunajat kepada Allah s

DR SIDDIQ FADZIL: Tadabbur Ayat 88 Surah Hud, Pengajaran bagi Aktivis Islah

Image
Islah adalah salah satu tema besar surah Hud. Persoalan islah disebut berulang kali di pelbagai tempat. Begitu kritikalnya peranan al-muslihun (para pejuang islah ) dalam menentukan survival bangsa. Mereka tidak hanya melaksanakan kewajipan terhadap Tuhan, tetapi juga menyelamatkan bangsa dari bencana kemurkaan-Nya.Untuk melaksanakan misi islah, golongan al-muslihun harus berhadapan dengan golongan al-mufsidun (kelompok pelaku fasad/ kerosakan) yang selalu tampil berselindung di balik retorik dan slogan islah . Ayat 11 dan 12 surah al-Baqarah mendedahkan tipu daya kaum al-mufsidun mengabui mata rakyat massa. Mereka membungkus fasad dalam kemasan islah , menyebar mafsadah yang diberi label maslahah . Pengajaran Bagi Aktivis Islah قالَ يا قَومِ أَرَأَيتُم إِن كُنتُ عَلىٰ بَيِّنَةٍ مِن رَبّي وَرَزَقَني مِنهُ رِزقًا حَسَنًا ۚ وَما أُريدُ أَن أُخالِفَكُم إِلىٰ ما أَنهاكُم عَنهُ ۚ إِن أُريدُ إِلَّا الإِصلاحَ مَا استَطَعتُ ۚ وَما تَوفيقي إِلّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ وَإِلَ

Raimi: Selamat Menyambut Hari Raya

Image
Raimi: Selamat Menyambut Hari Raya Hari raya adalah saat berbahagia dan bersuka cita. Kebahagian dan kegembiraan kaum mukmin di dunia adalah kerana Tuhannya iaitu apabila mereka berhasil menyempurnakan ibadahnya dan memperoleh pahala amalnya dengan kepercayaan terhadap janjinya kepada mereka untuk mendapatkan anugerah dan ampunan Nya. Allah Ta’ala berfirman: Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Alaah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Yunus: 58) Sebahagian orang bijak berujar: Tiada seorang pun yang bergembira dengan selain Allah kecuali karena kelalaiannya terhadap Allah, sebab orang yang lalai selalu bergembira degan permainan dan hawa nafsunya, sedangkan orang yang berakal merasa senang dengan tuhanya . Ketika Nabi ﷺ tiba di Madinah, kaum Ansar memliki dua hari istimewa, mereka bersuka-ria di kalanya, Maka Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “ Allah telah memberi ganti b

Shaykh Muhammad Al-Khidr Husayn – Shaykh Al Azhar Al Sharif dan Pejuang Kebebasan

Image
Shaykh Muhammad Al-Khidr Husayn – Shaykh Al Azhar Al Sharif dan Pejuang Kebebasan الإمام الأكبر , شيخ الأزهر الشريف   Shaykh Muhammad Al-Khidr Husayn dilahirkan di Nafta, Tunisia dan mendapat didikan awal dari ibunya,   bapa saudaranya Shaykh Makki ibn Azuz dan di Masjid Zaituniyyah. Keluarganya terkenal dengan keilmuwan Islam serta nilai-nilai agama. Dia rakan karib Shaykh Tahir ibn Asyur bahkan mereka berdua merupakan rakan pengajian hingga sering berbalas surat dan bait syair.   Shaykh Al-Khidr seorang alim, pejuang kebebasan dan reformis ulung, berani melawan penjajah Perancis hingga dijatuhkan hukuman bunuh keatasnya mengakibatkan dia terpaksa berhijrah dengan penuh kesedihan meninggalkan bumi Tunisia untuk merempat ke merata negara Arab,   dan dia pernah dipenjarakan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Kitab magnum opusnya yang melonjakkannya mendapat pengiktirafan agung adalah   " Al-Qiyas fil Lughah Al-Arabiyyah ". Dia   juga terkenal kerana mengarang kitab tentang ke

PERANG BADAR: UJIAN GETIR TERAGUNG DI BULAN RAMADAN

Image
PERANG BADAR: UJIAN GETIR TERAGUNG DI BULAN RAMADAN   Perang Badar, yang berlaku pada 17 Ramadan, tahun 2 Hijrah, merupakan peristiwa sejarah yang amat penting untuk ditelaah. Untuk pertama kali kaum muslimin, setelah hijrah dari Makkah ke Madinah, bertembung dalam satu peperangan terbuka dengan kaum musyrikin Makkah yang sekian lama memusuhi mereka. Keputusan dari peperangan ini memberi erti yang besar terhadap keyakinan kaum muslimin terhadap kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ serta menjadi bukti benarnya janji-janji Allah (swt) – bahawa mereka yang berjuang di jalan-Nya akan ditolong. Perang ini menjadi lebih bermakna kerana keputusannya nanti akan memberi kesan kepada kelangsungan agama ini. Rasulullah ﷺ menyedari betapa pentingnya memenangi perang ini demi masa depan agama. Dengan rintihan yang luar biasa Baginda ﷺ merayu bagi mendapatkan pertolongan Allah. Bagi Baginda ﷺ kekalahan bukanlah pilihan. Kekalahan mungkin memberi erti berakhirnya orang yang akan