Dr Siddiq Fadil - Dakwah datang dengan Rahmah



Kita hadir atas semangat bersama-sama melestarikian keunggulan tradisi ilmu gerakan Islam ini. Kekuatan berorganisasi dan paling kuat tradisi ilmu adalah gerakan Islam ini. Ini harus dipertahankan. Tidak ada erti sahwah Islamiyyah - kebangkitan Islam tanpa sahwah ilmiah - without intellectual resurgence. Kebangkitan keilmuan adalah teras kebangkitan dakwah, kebangkitan Islam dan kelangsungan dakwah. Tidak boleh berkompromi kekuatan ini dalam apa cara sekalipun.
Dengan penuh tawaddu' kita adalah wadah yang membidani kebangkitan Islam di Malaysia kerana pada waktu itu tidak ada pun pertubuhan lain. Kompetensi kita adalah wahana bagi mempertahankan, melestarikan dan merealisasikan kebangkitan Islam. Keprihatinan - concern- kita haruslah kepada pembawa rahmatan lil alamin - misi besar penuh belas kasih sayang.
Adalah menyedihkan sekiranya kebangkitan ini hanya untuk bersumpah seranah, memaki hamun dan marah-marah. Sedangkan Islam sampai ke sini dengan wajah senyuman manis - datang ke rantau ini dengan penuh rahmah - Islam came to this region with smiling faces. Apabila kita berbicara begitu kepada seorang sarjana Barat, dia tersentuh lalu menjawab, "then, keep on smiling" - "teruskan dengan senyuman anda".
Bagaimana mungkin agama rahmah tiba-tiba menjadi acara agama marah-marah.
Kita mengambil tema rahmatan lil 'alamin demi kesetiaan kepada risalah islamiyyah. Bagaimana hendak diterjemahkannya kepada gagasan-gagasan yang realistik, itulah cabarannya. Berucap tentangnya memang senang tetapi masakan kita beku di takuk teori-teori Islamik tanpa gagasan realistik. Ini yang perlu dikejar dan dikerjakan.
Kita sangat prihatin terhadap toleransi dan harmoni di antara penganut agama. Kita anjurkan konsep bangsa Malaysia berasaskan sahifah Madinah. Kita manfaatkan kekuatan tradisi Islam dalam berdialog di antara agama. Rantau ini terkenal sebagai terkaya dari segi dialog ketamaddunan - richest in terms of civilizational dialogue. There is no other region where all great religions meet. Telah berlakulah dialog, bukan maksud dialog itu berforum tetapi interaksi dalam sejarah hingga terbentuk suatu hubungan antara kaum yang harmonis tetapi kekal dengan jati diri masing-masing.
Apabila kita gagaskan konsep bangsa Malaysia, kita tidak boleh lari daripada prinsip Islam dan kerana itu kita utarakan konsep sahifa Madinah - ummah siyasiyah, ummah wataniyyah bersama ummah dinniyah. Non muslim adalah ummah ma'al muslimin. Dengan acuan kita tersendiri.

(Dr Siddiq Fadzil, Dakwah datang dengan Rahmah, Blog Wadah Utara, 2014)

I S L A H M E D I A SIRI USF
Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
No akaun BANK ISLAM 12029010069484

Comments

Popular posts from this blog

DR. SIDDIQ FADIL: WASPADA TIPU-DAYA MUSUH DAKWAH Bahagian 2 (Akhir)

DR SIDDIQ FADZIL: Tadabbur Ayat 88 Surah Hud, Pengajaran bagi Aktivis Islah

PERANG BADAR: UJIAN GETIR TERAGUNG DI BULAN RAMADAN