Dr Siddiq Fadzil: DAKWAH



Apabila kita komit kepada pendekatan dakwah maka kita perlu patuh kepada kaedah-kaedahnya yang terkandung di dalam dan biasanya dikaitkan dengan dua istilah kunci iaitu ‘ala basirah dan bil hikmah. Inilah dua perkara yang mengikat.
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf 12:108)
‘ala basirah bermakna ia berdasarkan kefahaman dan pengertian, berasaskan fakta dan angka, ‘facts and figures’ – haqa’iq wa arqam, atas kesedaran, mengetahui kebudayaan, mengetahui sosiologi, mengetahui segala macam ilmu dan maklumat yang melatari.
ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Al-Nahl 16:125) |
Bil hikmah bermakna cara yang tepat, tempat tepat, masa tepat, dan serba serbinya mesti tepat. Do things right, do the right things right, everytime, all the time and not only sometimes.
Dakwah ini bukan kekecewaan yang mencari jalan keluar. Ini adalah amanah kenabian, amanah profetik. Kita membawa misi dan mesej rahmatan lil ‘alamin. Tanpa kita merasa takut dan kita tergolong, dan andainya kita mahu menjadi penerus dan pelanjut amanah profetis umat.
Kita ingin menepati ayat Allah bermaksud
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ ۗ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا
(yaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan. (Al-Ahzab : 39)
Kata ‘takut’ diulangi sebanyak dua kali pada ayat ini. Maknanya antara perjuangan dan ketakutan ada kaitannya. Kerana itu kata ‘takut’, kata khasyah diulang dua kali. Mereka memilih untuk menjadi pejuang di jalan Allah tanpa rasa takut atau gentar kecuali takut kepada Allah. Tugas dakwah Ini sememangnya datang daripada kesedaran untuk menyebar risalah Allah, 'ketakutan kepada Allah', 'Jangan takutkan selain Allah'.
Jangan takut dan berdalih pula – jangan mencari helah dengan menyatakan ‘ini hikmah!

(Dr Siddiq Fadzil, Jati Diri Perjuangan Dakwah, Blog Wadah Utara, 2016)

I S L A H M E D I A SIRI USF 2
Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
No akaun BANK ISLAM 12029010069484

Comments

Popular posts from this blog

DR. SIDDIQ FADIL: WASPADA TIPU-DAYA MUSUH DAKWAH Bahagian 2 (Akhir)

DR SIDDIQ FADZIL: IBRAH ISLAH DAN TRANSFORMASI BERMAKNA

DR. SIDDIQ FADIL: WASPADA TIPU-DAYA MUSUH DAKWAH Bahagian 1