DR SIDDIQ FADZIL: ISLAH
Kalau ingin mengguna istilah islah dalam gerakan dakwah kita mesti memenuhi syarat. Syaratnya ialah seperti diungkapkan oleh Nabi Syu’aib a.s. ‘In uridu illal islaha mastata'tu’
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (islah) sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud:88)
Ertinya seorang pendakwah, seorang pejuang Islah tidak mempunyai apa-apa keinginan yang lain. Islah itulah satu-satunya keinginan. Kalau terjun ke bidang islah tetapi masih mempunyai bermacam-macam keinginan, masih mahu mencari pangkat dan harta, mencari populariti, itu bukan islah.
Kata ‘in’ itu bermakna tidak mempunyai apa-apa keinginan selainnya. Islah yang dia komitted itu hendaklah dilaksanakan dengan ‘mastata’tu’ – sejauh terdaya oleh kekuatan yang dimilikinya. Bukan alang kepalang, bukan sambilan, bukan ‘part time’.
To the maksimum! To your utmost! I desire nothing but reform so far as I am able.
Kalau islah hendak digabungkan dengan tanwir – menjadi al islah al tanwiri – islah yang mencerahkan, maka ia adalah suatu perjuangan bukan hobi, ikut-ikutan atau pengisian masa lapang.
Persoalannya ialah matlamat gerakan pencerahan ini atau gerakan Islam. Oleh itu dirumuskan bahawa matlamat perjuangan kita ialah mencapai redha Illahi menerusi amal perjuangan, membangun umat, mendaulatkan syariat. Jangan ada niat lain kalau kita mahukan keberkatan.
(Dr Siddiq Fadzil, Jati Diri Perjuangan Dakwah, Blog Wadah Utara, 2016)
I S L A H M E D I A SIRI USF 1
Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
No akaun BANK ISLAM 12029010069484

Comments
Post a Comment