Raimi: Selamat Menyambut Hari Raya



Raimi: Selamat Menyambut Hari Raya

Hari raya adalah saat berbahagia dan bersuka cita. Kebahagian dan kegembiraan kaum mukmin di dunia adalah kerana Tuhannya iaitu apabila mereka berhasil menyempurnakan ibadahnya dan memperoleh pahala amalnya dengan kepercayaan terhadap janjinya kepada mereka untuk mendapatkan anugerah dan ampunan Nya. Allah Ta’ala berfirman:

Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Alaah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Yunus: 58)

Sebahagian orang bijak berujar: Tiada seorang pun yang bergembira dengan selain Allah kecuali karena kelalaiannya terhadap Allah, sebab orang yang lalai selalu bergembira degan permainan dan hawa nafsunya, sedangkan orang yang berakal merasa senang dengan tuhanya.

Ketika Nabi tiba di Madinah, kaum Ansar memliki dua hari istimewa, mereka bersuka-ria di kalanya, Maka Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
Allah telah memberi ganti bagi kaitan dua hari yang jauh lebih baik, (yaitu) ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha.” (HR. Abu Daud dan Nasa’i dengan sanad hasan)

Hadith ini menunjukkan bahawa menampakkan rasa suka cita di Hari Raya adalah sunnah dan disyari’atkan. Maka diperkenankan memperluas Hari Raya tersebut secara menyeluruh kepada segenap kerabat dengan berbagai hal yang tidak diharamkan yang bisa mendatangkan kesegaran badan dan melegakan jiwa, tetapi tidak menjadikannya lupa untuk ta’at kepada Allah.

Adapun yang dilakukan kebanyakkan orang di saat Hari Raya dengan berduyun-duyun pergi memenuhi berbagai tempat hiburan dan permainnan adalah tidak dibenarkan karena hal itu tidak sesuai dengan yang disyari’atkan bagi mereka seperti melakukan dzikir kepada Allah. Hari Raya tidak identik dengan hiburan, permainan dan penghambur-hamburan (harta), tetapi Hari Raya adalah untuk berdzikir kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam beribadah. Kerana itu Allah menggantikan bagi umat ini dua buah Hari Raya yang sarat dengan hiburan dan permainan dengan dua buah Hari Raya yang penuh dzikir, syukur dan ampunan.

Di dunia ini kaum mukminin mempunyai tiga Hari Raya: Hari Raya yang selalu datang setiap minggu dan dua Hari Raya yang masing-masing datang sekali dalam setiap tahun.

Adapun Hari Raya mingguan, terselenggara sebagai pelengkap (penyempurna) bagi shalat wajib lima kali yang merupakan rukun utama agama Islam setelah dua kalimat syahadat. Sedangkan dua Hari Raya yang tidak berulang dalam waktu setahun kecuali sekali adalah:

1. ‘Idul Fitri setelah puasa Ramadhan, hari raya ini terselenggara sebagai pelengkap puasa Ramadhan yang merupakan rukun dan asas Islam keempat. Apabila kaum muslimin merampungkan puasa wajibnya, maka mereka berhak mendapatkan ampunan dari Allah dan terbebas dari api neraka, sebab puasa Ramadhan mendatangkan ampunan atas dosa yang lalu dan pada akhirnya terbebas dari Neraka.

Sebahagian manusia dibebaskan dari neraka padahal dengan berbagai dosanya ia semestinya masuk neraka, maka Allah mensyari’atkan bagi mereka Hari Raya setelah menyempurnakan puasanya, untuk bersyukur kepada Allah, berdzikir dan bertakbir atas petunjuk dan syari’at-Nya berupa shalat dan sedekah pada Hari Raya tersebut.

Hari raya ini merupakan hari pembahagian hadiah, orang-orang yang berpuasa diberi ganjaran puasanya, dan setelah Hari Raya tersebut mereka mendapatkan ampunan.

2. ‘Idul Adha (Hari Raya kurban), ia lebih agung dan utama daripada ‘Idul Fitri. Hari Raya ini terselenggara sebagai penyempurna ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima, bila kaum muslimin merampungkan ibadah hajinya niscaya diampuni dosanya.

Inilah pelbagai bentuk Hari Raya kaum muslimin di dunia, semuanya dilaksanankan saat rampungnya ketakwaan kepada Yang Maha Menguasai dan Yang Maha Pemberi, di saat mereka berhasil memperoleh apa yang dijanjikan-Nya berupa ganjaran dan pahala.


PETUNJUK NABI TENTANG HARI RAYA


Pada saat Hari Raya ‘Idul Fitri, Nabi mengenakan pakaian terbaiknya dan makan kurma dengan bilangan ganjil tiga, lima atau tujuh- sebelum pergi melaksanakan shalat ‘Id. Tetapi pada ‘Idul Adha beliau tidak makan terlebih dahulu sampai beliau pulang, setelah itu baru memakan sebahagian daging binatang sembelihannya.

Beliau mengakhirkan shalat “Idul Fitri agar kaum muslimin memiliki kesempatan untuk membahagikan zakat fitrahnya, dan mempercepatkan pelaksanaan shalat ‘Idul Adha supaya kaum muslimin bisa segera menyembelih binatang kurbannya.

Mengenai hal tersebut, Allah Ta’ala berfirman:

Maka dirikanlah shalat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah” (Al Kausar: 2)

Ibnu Umar yang terkenal sangat bersungguh-sungguh dalam mengikuti sunnah Nabi tidak keluar untuk shalat ‘Id kecuali terbit matahari, dan dari rumah sampai ke tempat shalat beliau sentiasa bertakbir.

Nabi melaksanakan shalat ‘Id terlebih dahulu baru berkhutbah, dan beliau shalat dua raka’at. Pada rakaat pertama beliau bertakbir 7 kali berturut-turut dengan Takbiratul Ihram, dan berhenti sebentar diantara tiap takbir. Beliau tidak mengajarkan dzikir tertentu yang dibaca saat itu. Hanya saja ada riwayat dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata: “Baginda membaca hamdallah dan memuji Allah Ta’ala serta membaca shalawat

Dan diriwayatkan bahawa Ibnu Umar mengangkat kedua tangannya pada setiap bertakbir.

Sedangkan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam setelah bertakbir membaca surat “Al-Fatihah” dan “Qaf” pada rakaat pertama serta surat “Al-Qamar” dirakaat kedua. Kadang-kadang beliau membaca surat “Al-A’la” pada rakaat pertama dan “Al-Ghasyiah” pada rakaat kedua. Kemudian beliau bertakbir lalu ruku’ dilanjutkan takbir 5 kali pada rakaat kedua lalu membaca “Al-fatihah” dan surat. Setelah selesai beliau menghadap kearah jamaah, sedang mereka tetap duduk di saf masing-masing, lalu beliau menyampaikan khutbah yang berisi petunjuk, anjuran dan larangan.

Baginda selalu melalui jalan yang berbeza ketika berangkat dan pulang (dari shalat) ‘Id. Baginda selalu mandi sebelum shalat ‘Id. Nabi sentiasa memulai setiap khutbahnya dengan hamdalah, dan bersabda:

Setiap perkara yang tidak dimulai dengan hamdal’Lah, maka ia terputus (dari berkah).” (HR. Ahmad dan lainnya)


Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma, ia berkata:

Bahawasanya Nabi menunaikan shalat ‘Id dua rakaat tanpa disertai shalat yang lain baik sebelumnya ataupun sesudahnya.” (HR. Al Bukhari dan Muslim dan yang lain)

Hadith ini menunjukkan bahawa shalat ‘Id itu hanya dua rakaat, demikian pula mengisyaratkan tidak disyari’atkan shalat sunnah yang lain, baik sebelum atau sesudahnya. Allah Maha Tahu segala sesuatu, shalawat serta salam semoga selalu dilimpahkan kepada Nabi Muhammad , seluruh anggota keluarga dan segenap sahabatnya.


KEUTAMAAN PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL


Abu Ayyub Al-Anshari Radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, Nabi bersabda:

Barang siapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun ((HR Muslim)

Imam Ahmad dan An-Nasa’I meriwayatkan dari Tsauban, Nabi bersabda :

Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan puasa sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan puasa dua bulan dan kerananya bagaikan berpuasa selama setahun penuh”.

Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. (HR Al Bazzar)

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal menyamai pahala puasa satu tahun penuh kerana setiap hasanah (kebaikan) diganjar sepuluh kali ganda, sebagaimana telah dinyatakan dalam hadith.

Membiasakan puasa setelah Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:

1. Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.
2. Puasa Syawal dan Sya’ban bagaikan shalat sunnah rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan sunat. Sebagaimana keterangan yang datang dari Nabi di berbagai riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan, maka hal itu memerlukan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.
3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, kerana apabila Allah ta’ala menerima amal seseorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebahagian orang bijak mengatakan : “Pahala amal kebaikan adalah kebalkan yang ada sesudahnya”. Oleh kerana itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan yang lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama.
4. Puasa Ramadhan dapat mendatangkan maghfirah (keampunan) atas dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan mendapatkan pahalanya pada Hari Raya Eidul Fitri yang merupakan hari pembahagiaan hadiah, maka membiasakan puasa setelah Eidul Fitri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

Oleh kerana itu termasuk sebahagian ungkapan rasa syukur seorang hamba atas pertolongan dan ampunan yang telah dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa setelah Ramadhan. Tetapi jika ia malah menggantikannya dengan perbuatan maksiat maka ia termasuk kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila ia berniat pada saat melakukan puasa untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasanya tidak akan terkabul, ia bagaikan orang yang membangun sebuah bangunan megah lantas menghancurkannya kembali, Allah Ta’ala berfirman.

Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai kembali”. (An Nahl : 92)

5. Dan di antara manfaat puasa enam hari bulan Syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup. Orang yang setelah Ramadhan berpuasa bagaikan orang yang cepat-cepat kembali dari pelariannya, yakni orang yang baru lari dari peperangan fi sabilillah lantas kembali lagi. Sebab tidak sedikit manusia yang berbahagia dengan berlalunya Ramadhan sebab mereka merasa berat, jenuh, dan lama berpuasa Ramadhan.

Barangsiapa merasa demikian maka sulit baginya untuk bersegera untuk kembali melaksanakan puasa padahal orang yang bersegera melaksanakan puasa setelah Eidul Fitri merupakan bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa. Ia tidak merasa bosan dan berat apatah lagi benci.

Seorang ulama salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya pada bulan Ramadhan tetapi jika Ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh-sungguh lagi, beliau menyatakan :

Seburuk-seburuk kaum ialah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan sahaja. Padahal orang soleh adalah yang beribadah dengan sungguh-sungguh di sepanjang tahun”.

Oleh kerana itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan Syawal kerana hal itu mempercepatkan proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa syawal. Dengan demikian ia telah melakukan puasa Ramadhan dan mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal.

Ketahuilah, amal perbuatan seorang mukmin tidak ada batasnya sehingga maut menjemputnya. Allah s.w.t berfirman, “Dan sembahnlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)”.
(Al Hijr : 99)

Dan perlu diingat pula bahawa solat-soalat dan puasa sunat serta sedekah yang dipergunakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala pada bulan Ramadhan adalah disyariatkan sepanjang tahun, kerana hal itu mengandungi perbagai bagai manfaat diantaranya; ia sebagai pelengkap dari kekurangan yang terdapat pada fardhu, merupakan salah satu faktor yang mendatangkan mahabbah (kecintaan ) Allah kepada hambaNya, sebab terkabulnya doa, demikian pula sebagai sebab dihapusnya dosa dan dilipatgandakanNya pahala kebaikan dan ditinggikanNya kedudukan. Hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan, selawat dan salam semoga tercurahkan kehadrat Nabi, keluarga dan sahabatnya.



*Dipetik daripada buku “Risalah Ramadhan” karangan Syeikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim al Jarullah, Perbitan Darul Wathan ,Riyadh. Edisi terjemahan Indonesia diterbitkan oleh Yayasan Al-Sofwa Jakarta , 1997)


Oleh : Mohd Raimi Abdul Rahim
Exco Dakwah ABIM 2008

 

(Artikel ini diambil daripada Minda Madani Online http://www.mindamadani.my/)

 

I   S   L   A   H         M   E   D   I   A        SIRI  RAMADAN           

Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia    

No akaun BANK ISLAM  12029010069484


Comments

Popular posts from this blog

DR. SIDDIQ FADIL: WASPADA TIPU-DAYA MUSUH DAKWAH Bahagian 2 (Akhir)

Dr Siddiq Fadil : Syarat Kemenangan

DR SIDDIQ FADZIL: Tadabbur Ayat 88 Surah Hud, Pengajaran bagi Aktivis Islah