SEGERA LAKSANA AMALAN BAIK: ABD HALIM ISMAIL
SEGERA LAKSANA AMALAN BAIK: ABD HALIM ISMAIL
وَسارِعوا إِلىٰ مَغفِرَةٍ مِن رَبِّكُم وَجَنَّةٍ عَرضُهَا
السَّماواتُ وَالأَرضُ أُعِدَّت لِلمُتَّقينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang
baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat syurga yang
bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang bertaqwa. (Surah
ali Imran: 133)
Walaupun manusia berkali-kali dingatkan, dia terlupa, dan
dinamakannya insan kerana dia kelupaan. Dalam gerakan kita lupa mengingati
supaya bersegera, cepat-cepat, sepantas mungkin beramal supaya mendapat
keampunan dan memperolehi syurga. Syurga yang amat luas dan penuh kehebatannya.
Kesegeraan melaksana amal kebaikan ini gesaan Al Qur’an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan amalan para Sahabat r.a.a. Jangan ditunggu-tunggu
dan jangan dinanti-nanti.
وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلِلَّهِ
مِيرَٰثُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ لَا يَسْتَوِى مِنكُم مَّنْ أَنفَقَ مِن
قَبْلِ ٱلْفَتْحِ وَقَٰتَلَ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِّنَ ٱلَّذِينَ
أَنفَقُوا۟ مِنۢ بَعْدُ وَقَٰتَلُوا۟ ۚ وَكُلًّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلْحُسْنَىٰ ۚ وَٱللَّهُ
بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang
membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai
Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang
membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. (surah al Hadid:10)
Tidak sama mereka yang berjuang dan menyumbang di jalan
Allah sebelum fathul Makkah dengan mereka yang datang
selepasnya. Mereka yang lebih awal, lebih cepat menyumbang kepada Islam
mendapat pahala yang lebih banyak.
سابِقوا إِلىٰ مَغفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُم وَجَنَّةٍ عَرضُها كَعَرضِ
السَّماءِ وَالأَرضِ أُعِدَّت لِلَّذينَ ءآمَنوا بِاللهِ وَرُسُلِهِ ۚ ذٰلِكَ
فَضلُ اللهِ يُؤتيهِ مَن يَشاءُ ۚ وَاللهُ ذُو الفَضلِ العَظيمِ
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik)
untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya
seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman
kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah,
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya
mempunyai limpah kurnia yang besar. (Surah al Hadid: 21)
Bukan hanya bersegera tetapi dituntut kita supaya
berlumba-lumba. Berlumba-lumba melebihi rakan-rakan lain. Amalan mesti
dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kesempurnaan. Ikhlas dalam beramal itulah
nilai untuk mendapat keridhaan Allah s.w.t. Laksana sebaik-baiknya, prestasi
terbaik – best performance – dengan keberkesanan. Bersegera
dan jangan ditangguh tanpa alasan. Jangan layani percakapan diri supaya
menangguh sesuatu kebaikan.
الَّذِيۡنَ يُنۡفِقُوۡنَ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ
وَالۡكٰظِمِيۡنَ الۡغَيۡظَ وَالۡعَافِيۡنَ عَنِ النَّاسِؕ وَاللّٰهُ يُحِبُّ
الۡمُحۡسِنِيۡنَ
(yaitu) orang-orang yang berinfak, baik di waktu lapang
maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan
(kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.
(Surah ali Imran 134)
Budaya infaq, selain daripada dilaksana dengan segera,
pantas dan bergegas, hendaklah dilakukan samada ketika susah ataupun senang.
Inilah tanda orang-orang bertaqwa. Inilah menunjukkan semakin dekat dengan
Allah s.w.t., bersedekah, berinfaq samada secara terang atau tersembunyi, dalam
keadaan senang atau susah.
‘Umar al Khattab r.a. pernah bertekad pada suatu ketika bagi
menyahut seruan jihad bagi menentang kemaraan tentera Rum. Dia berazam untuk
melebihi Abu Bakr r.a. dalam berinfaq kerana sebelum itu, sentiasa Abu Bakr r.a.
yang melebihinya. Setelah dia menyerahkan harta sumbangannya kepada Rasulullah ﷺ, apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w.
apa yang tinggal padanya, dia menjawab separuh daripada apa yang telah diinfaq.
Tetapi apabila giliran Abu Bakr r.a. pula menyumbang, dia telah menyumbang
sepenuhnya kesemua hartanya, dan apabila ditanya, Abu Bakr menjawab yang
tinggal baginya, “Allah dan Rasul”. ‘Umar mengakui dia tidak lagi dapat
menandingi kelebihan Abu Bakr.
Itulah contoh perlumbaan –perlumbaan sihat, konsep sebenar musabaqah – competition –
atau apa selalu disebut sebagai fastabiqul khayrat..
Rasulullah ﷺmengajar supaya berdoa
memohon yang terbaik, memasuki syurga tertinggi, memasuki syurga dengan tanpa
dihisab.
Inilah konsep kecemerlangan atau culture of
excellence.
Budaya segera beramal dalam gerakan belum kelihatan walaupun
bertahun-tahun dididik dengan tarbiyyah jika budaya sadaqah belum
menjadi amalan.
Dalam konteks gerakan, apa-apa yang diputuskan dan
dipersetujui bersama, dikehendaki organisasi hendaklah dilakukan dengan segera.
Kita perlu laksanakan dengan serious dan komited supaya membolehkan kita terus
memperolehi keberkatan Allah s.w.t. dan jangan terputus keberkatan.
(Catatan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Cikgu Abd Halim
Ismail sewaktu Setiausaha Agong WADAH Pencerdasan Umat di Teras Jernang 2014)
(Ihsan sebahagian catatan oleh sdr Asri Haron)
I S L
A H M
E D I
A SIRI C HALIM
Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
No akaun BANK ISLAM
12029010069484
Comments
Post a Comment