Shaykh Muhammad Al-Khidr Husayn – Shaykh Al Azhar Al Sharif dan Pejuang Kebebasan



Shaykh Muhammad Al-Khidr Husayn – Shaykh Al Azhar Al Sharif dan Pejuang Kebebasan

الإمام الأكبر , شيخ الأزهر الشريف

 

Shaykh Muhammad Al-Khidr Husayn dilahirkan di Nafta, Tunisia dan mendapat didikan awal dari ibunya,  bapa saudaranya Shaykh Makki ibn Azuz dan di Masjid Zaituniyyah. Keluarganya terkenal dengan keilmuwan Islam serta nilai-nilai agama. Dia rakan karib Shaykh Tahir ibn Asyur bahkan mereka berdua merupakan rakan pengajian hingga sering berbalas surat dan bait syair.  Shaykh Al-Khidr seorang alim, pejuang kebebasan dan reformis ulung, berani melawan penjajah Perancis hingga dijatuhkan hukuman bunuh keatasnya mengakibatkan dia terpaksa berhijrah dengan penuh kesedihan meninggalkan bumi Tunisia untuk merempat ke merata negara Arab,  dan dia pernah dipenjarakan oleh kerajaan Uthmaniyyah.

Kitab magnum opusnya yang melonjakkannya mendapat pengiktirafan agung adalah  "Al-Qiyas fil Lughah Al-Arabiyyah". Dia  juga terkenal kerana mengarang kitab tentang kebebasan dan kemerdekaan "Al-Hurriyatu fil Islam".

Dia mempunyai semangat dan sejarah berjuang dari awal lagi menentang penjajahan dan memperjuangkan pembebasan umat. Di universiti tersohor Tunisia, Jâmi` Az-Zaytûnah At Az-Zaytûnah Shaykh Al-Khidr cemerlang dalam pengajiannya terutama dalam kesusasteraan Arab.  Dia mendapat ijazah Sunnan Sittah, ilmu tafsir dan penguasaan bacaan Hafs dari ‘Asim, Warsh dari Nafi’ dan Qalun dari Nafi’. Dia belajar di bawah pendidik-pendidik, ulama tersohor Umar bin Ash Shaikh, Muhammad Najjar dan Salim Buhajib. Sewaktu di sini, dia diberi tawaran berkhidmat untuk kerajaan kolonial Perancis di Tunis tetapi Shaykh Al Khidr menolaknya kerana pegangan kuat anti penjajahan.

Pada 1903 dia memperolehi ijazah Az-Zaytûnah dengan kepujian tertinggi. Pada tahun yang sama, dia melancarkan majalah dwi mingguan As-Sa`âdah Al-`Udhmâ, ‘Kebahagiaan Terhebat’. Majalah ini menarik perhatian ramai di kalangan penulis-penulis Tunisia dan mempamerkan bakat ulung Shaykh Al-Khidr. Majalah ini menjadi sumber pertama di Afrika Utara yang mengupayakan masyarakat mendapat maklumat agama perlu tanpa datang menghadirkan diri untuk bertanya. Melalui majalah ini masyarakat mendapat akses kepada sumber pengetahuan ilmu agama dan ruang untuk bersoal jawab.

Pada 1905, Shaykh Al Khidr menjadi the ketua hakim bandar Binzert di Tunisia. Pada 1906 dia menganjurkan perdsidangan tentang kebebasan dalam Islam. Tema utama persidangan ini  mencabar pihak berkuasa di Tunisia. Dengan kemaraan semangat anti penjajahannya dia melepaskan jawatan kehakimannya. Pada 1909 Shaykh Al-Khidr menjadi tenaga pengajar Universiti Az-Zaytûnâh. Dia juga mendirikan Jami’ us Sadiqah. Dia juga menyumbang besar bagi mendirikan satu-satunya sekolah menengah yang bukan sekolah keleloaan kolonial Perancis. Syaikh al Khidr berusaha gigih bagi membina daya ketahanan diri anak-anak Tunisia daripada diperah minda mereka melalui taktik deraan oleh Perancis bagi melenyapkan peradaban Islam dan budaya bahasa Arab daripada jatidiri mereka.

Sekularisme merupakan ancaman sengit yang muncul di Afrika Utara dan dia percaya rempuhan ini perlu ditangani dengan kekuatan segala daya yang ada bermula dengan kekuatan fikiran. Selepas pembukaan sekolah-sekolahnya, Syaikh al Khidr memulakan siri syarahan bertajuk al Hurriyah fil Islam, ‘Kebebasan dalam Islam’ yang dijadikan tema serta sebuah buku yang masyhur, laris serta seruannya masih bergema hingga kini. Pelajar-pelajarnya mengamati syarahannya dan terkesan dengan anjuran kebangkitannya. Syaikh al Khidr kemudian menerbitkan karyanya al Ilhad, membahas dan membidas athiestme dan sekularisme, membicara tentang mauduk-mauduk sekularisme, Darwinisme masyarakat, kerelatifan budaya serta kemunculan permulaan abad Amerika. Syaikh al Khidr dipercayai yang pertama menggunakan istilah al ilmaniyyah – sekularisme.

Pada 1911, apabila Italy mengisytiharkan perang ke atas Libya, Shaykh Al-Khidr menerbitkan rencana-rencana menentang penjajahan dalam majalah As-Sa`âdah Al-`Udhmâ. Dia menyeru rakyat Tunisia agar pergi ke medan bagi menunjukkan sokongan kepada saudara mereka di Libya dan bagi melawan perompak tanah ibu pertiwi mereka. Tindakan Sheikh Al-Khidr melagakannya bertentangan dengan pihak berkuasa kolonial Perancis di Tunisia. Perancis mendakwanya menghasut masyarakat Tunisia agar membenci Barat. Shaykh Al-Khidr menyelamatkan diri dan keluarganya dengan berangkat ke Turkey. Apabila kembalinya seketika, dia tidak dapat lagi menghubungi rakyat melalui majalahnya kerana Perancis telah menguasai dan mengawal Tunisia sepenuhnya. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk berhijrah ke Syria.

Dalam perjalanan menuju Syria , Shaykh Al-Khidr singgah di Mesir bertemu ulama dan pemikir seperti Muhammad Rashîd Rida, Ahmad Taymûr Pasha and Muhibb Ad-Dîn Al-Khatîb. Di Syria, dia tinggal di Dimasq dan mengajar Bahasa Arab di Al-Madrasah As-Sultâniyyah. Pada 1914 dia meninggalkan kota Dimasq dan bekerja di  Kementerian Perang kerajaan Uthmaniyyah di Istanbûl. Pada 1915, Menteri Perang, Anwar Pasha, menghantarnya ke Berlin bagi menggesa pelarian-pelarian Tunisia agar bangkit menentang penjajahan Perancis di Tunisia. Dia kembali ke Istanbul, dan kemudian pergi ke Dimasq.

Walaupun hidup dalam buangan, Syaikh al Khidr menjelajah negara-negara Islam terus menerus menyeru umat bangkit menentang Perancis, Inggeris, Italy dan Amerika  dan penjajah asing yang merempuh wilayah Islam. Dia sangat dikagumi dan disanjungi oleh ulama Mesir kerana kelantangan dan keberaniannya. Ini juga menyebabkannya beberapakali dipenjarakan.

Pada 1916, Gabenor Turki di Syria memenjarakannya.  Dia berada di penjara beberapa bulan sehingga Anwar Pasha mengarahkan pembebasannya. Pada 1917 dia ke Berlin buat kali kedua dan bertemu pemikir-pemikir dalam buangan seperti`Abd Al-`Azîz Jawîsh and Dr.` Abd Al-Hamîd As-Sa`îd.

1918 merupakan tahun kejatuhan empayar Uthmaniyah. Syria jatuh ke tangan Perancis. Kegiatan anti kolonial Shaykh Al-Khidr memaksanya meninggalkan Syria. Dia berangkat ke Mesir pada 1921.

Pada 1922 dia mendaftar mengikuti pengajian di Al-Azhar dan memperolehi ijazah Al-`Âlamiyyah. Shaykh Al Khidr diterima sebagai seorang  alim Al-Azhar.

Di Mesir dia mengasaskan pertubuhan bagi menyokong gerakan pembebasan Tunisia, Algeria and Maghribi. Anggota-anggota pertubuhan ini terdiri daripada warga Tunisia Al-Habîb Bourguiba and warga Algeria Al-Bashir Al-Ibrâhîmî and Al-Fudayl Al-Warthilânî, yang hidup dalam buangan di Mesir.

Pada 1925, Shaykh Al-Khidr terlibat dalam pertarungan ideologi terbesar pada zaman itu.  Seorang Shaykh dari Al-Azhar `Alî Abd Ar-Râziq menulis buku tentang keserasian Islam dan  sekularisme. Walaupun Sheikh Al-Khidr's bersahabat baik dengan keluarga Sheikh Abd Ar-Raziq, dia telah menulis karya penolakan tuntas buku Sheikh Abd Ar-Râziq. Tahun berikutnya, sasterawan masyhur Mesir Taha Husayn menulis buku tentang syair Arab pra Islam yang menyerang agama Islam. Sheikh Al-Khidr menulis buku bagi menangkis serangan Taha Husayn. Sheikh Al-Khidr menjawab ‘syubhah-syubhah’ yang ditimbulkan oleh Sheikh Ali Abd Raziq dan Taha melalui kitab-kitab kritikan balasnya seperti  "Naqdu Al-Islam wa Usulil Hukm" dan "Naqdu Asyiir Al-Jahiliy".

In 1927, Shaykh Al-Khidr bersama sahabat baiknya  Ahmad Taymur Pasha mengasaskan pertubuhan belia Islam, bernama Jam`iyyat Ash-Shubbân Al-Muslimîn. Hasan al Banna pengasas Jam`iyyat Ikhwan al Muslimun juga menganggotai Jam`iyyat Ash-Shubbân Al-Muslimîn dan dia dilaporkan banyak belajar daripada Syaikh al Khidr. Syaikh al Khidr kemudian menubuhkan Jam`iyyat Al-Hidâyah Al-Islamiyyah bagi melaksanakan penyebaran dakwah Islam.  

Pada 1930 Syaikh al Khidr menjadi editor majalah bulanan Al-Azhar,  Nûr Al-Islam. Pada 1932 Syaikh al Khidr memperolehi kewarganegaraan Mesir. In 1932, Majlis Perhimpunan Bahasa Arab ditubuhkan di Kahirah. Majlis terdiri daripada ulama Mesir, dunia Arab serta orientalis Inggeris dan Perancis.  Sheikh Muhammad Al-Khidr Husayn adalah di antara ahli pertama majlis ini. Pada 1950, berikutan hasil bernas kajiannya tentang Bahasa Arab, dia dilantik menganggotai lembaga tertinggi ulama Al Azhar.

Pada 1952 Syaikh al Khidr dilantik الإمام الأكبر ,  شيخ الأزهر الشريف    Imam al Akbar al Azhar atau Syaikh ul Al-Azhar al Sharif oleh kerajaan Mesir. Dia dipilih menurut konsensus  alim ulama Mesir. Walaupun dia sendiri tidak begitu berminat kepada jawatan ini, tiga orang menteri telah berusaha memujuknya untuk menerima lantikan. Dia menjadi orang pertama yang bukan berasal dari Mesir menjawat jawatan penting ini. Kemudian dia berhadapan dengan beberapa percubaan kerajaan Gamal Abdul Nasser untuk merubah dan menentukan dasar serta haluan Al Azhar. Syaikh al Khidr menentang pengambilalihan Al Azhar oleh Kementerian Agama dan tidak akur dengan kehilangan kebebasan institusi tersohor ini.

Dia telah beberapa kali menyanggah pendirian regim Gamal Abd Naser yang dilihatnya bercanggah dengan hukum syarak, seperti isu wakaf,  hak pewarisan dan lain-lain. Ketika itu juga musuhnya cuba memburukkannya melalui kempen fitnah di media massa hinggakan beberapa pelajar Al Azhar yang telah diracuni propaganda Gamal Abdul Nasser lberdemonstrasi menuntut Shaykh Al-Khidr Husayn meletak jawatan. Pada Jun 1954, Shaykh Al-Khidr Husayn meletakkan jawatan apabila kerajaan berhasrat membatalkan kehakiman syariah dan memasukkannya dibawah mahkamah sivil.

Syaikh al Khidr mengambil keputusan meletak jawatan atas dasar prinsipnya dan ini pun tidak pernah berlaku di Al Azhar. Dia berkata, “Se gelas susu dan se keping roti sudah cukup bagi aku, dan biarlah urusan dunia ini  berlalu.” Apabila ditanya tentang kenapa dia meletak jawatan, dia menjawab, “Jika aku tidak dapat menyumbang kepada kejayaan Al Azhar, sekurang-kurang janganlah Al Azhar merosot pada masa aku.”

Setelah melepaskan jawatannya, dia menumpukan kepada mengajar, mengarang dan menulis buku sehinggalah dia kembali ke rahmatullah. Pada 28 Februari 1958, pulanglah Shaykh al-Khidr Husayn kepada Tuhannya Yang Maha Penyayang.  Dan diceritakan bahawa ketika sedang nazak,  dia melihat dirinya sewaktu kecil berehat di riba bondanya sambil dipeluk erat sambil mendengar ibunya berkata kepadanya,

"Wahai Khidr,  dengan izin Allah, kamu akan dilantik menjadi Shaikh ul Azhar."

 

Sheikh Al-Khidr meninggal dunia tanpa anak tetapi dia mewariskan banyak karya dan tulisan Islamik yang berkualiti tinggi. Ribuan alim ulama, pelajar-pelajar Al Azhar dan orang ramai menghadiri jenazah dan pengkebumiannya di Mesir.

 

Selamat tinggal wahai Shaikhuna,  moga rahmat Tuhan melimpah keatasmu atas khidmat besarmu kepada ummat.

 

Hj Hamdan Mohd Hassan Timbalan Pengerusi WADAH Pulau Pinang

Omar Mokhtar al Rupawani Timbalan Yang di Pertua ABIM Pulau Pinang

 

I   S   L   A   H         M   E   D   I   A        SIRI  RIJAL AL MABDA’           

Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia     

No akaun BANK ISLAM  12029010069484


Comments

Popular posts from this blog

DR. SIDDIQ FADIL: WASPADA TIPU-DAYA MUSUH DAKWAH Bahagian 2 (Akhir)

Dr Siddiq Fadil : Syarat Kemenangan

DR SIDDIQ FADZIL: Tadabbur Ayat 88 Surah Hud, Pengajaran bagi Aktivis Islah